Mengapa manusia bermasalah?
Dari Segi Genetik…Genetik adalah sains kebakaan iaitu satu pengkajian tentang keturunan, ataupun sains yang berkaitan dengan mekanisma pewarisan. Ia juga satu bidang yang berkaitan dengan pemindahan maklumat biologi dan penggunaan maklumat tersebut dalam perkembangan dan fungsi organisma. Kebakaan atau pewarisan ialah satu fenomena perpindahan ciri-ciri induk kepada keturunan mereka dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Sains pewarisan menerangkan tentang persamaan dan perbezaan di antara induk dan anak-anaknya. Ia juga berkaitan tentang perpindahan gen daripada induk ke anak-anaknya.
Apa yang ingin dibincangkan ialah perkaitan antara mengapakah manusia bermasalah dengan pengaruh genetik kepadanya. Faktor genetik merupakan faktor yang saling berkait rapat dengan tingkahlaku bermasalah seseorang. Contoh yang jelas ialah dari segi pemakanan, baka, dan sebagainya.
Dari segi pemakanan, contoh yang jelas ialah ketika ibu mengandung. Jika ketika mengandung ibunya mengambil makanan yang tidak sihat dan berbahaya seperti pengambilan alcohol, ketagihan rokok, pengambilan dadah dan pelbagai lagi ini akan mendorong kepada kecacatan kepada bayi yang akan dilahirkan. Seterusnya jika bayi itu cacat dan tidak sempurna, masalah pengabaikan akan berlaku. Ini akan tercetusnya isu anak terbiar yang membawa kepada masalah social. Gentik dari pemakanan ibu ketika mengandung akan melahirkan seorang bayi yang bermasalah serta mengalami pelbagai masalah kecacatan yang lain. Ini jelas menunjukan bahawa genetik benar-benar mempengaruhi seseorang bermasalah.
Seterusnya pula ialah minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untukmengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada masa ujian diambil. Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Contohnya jika dilahirkan dari keluarga pencuri, peratus untuk anak menjadi seperti mereka amat tinggi. Ini dikatakan sebagai pengaruh baka yang dikaitkan dengan sikap dan tingkahlaku.
Contoh lain genetik mempengaruhi manusia bermasalah ialah berpenyakit. Penyakit juga merupakan satu masalah kepada manusia. Jika dilahirkan dari keturunan yang mempunyai penyakit kanser, peratus yang tinggi anak akan turut mengalami penyakit yang sama. Apabila ini berlaku, akan memberikan tekanan hidup kepada anak. Seterusnya kerana tertekan dan pemikiran yang sempit, pelbagai masalah boleh berlaku. Ini jelas memberikan contoh mengapa dikaitkan genetic dengan permasalahan seseorang.
Kesimpulannya, genetik benar mempengaruhi mengapa seseorang itu bermasalah sama ada sedar mahupun tidak. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah bijak dan berfikiran positif agar tidak tergolong dalam manusia yang bermasalah kepada diri sendiri mahupun masyarakat. Pelbagai pendekatan dapat digunakan untuk mengelakkan masalah ini berlaku.