Kebajikan sosial dalam konteks 1 Malaysia.
Seperti yang kita pelajari dan menghayati, sebagai seorang pekerja sosial mestilah bekerja dengan semua lapisan masyarakat tidak kira siapa pun mereka. Pekerja sosial mesti menerapkan dalam sikap dan dalam diri mereka agar tidak terus membuat stereotaip kepada klien-klien yang datang meminta bantuan terhadap pekerja sosial. Klien yang datang merujuk kepada pekerja sosial akan membawa pelbagai masalah yang mungkin pekerja sosial tidak mempunyai ilmu serta pengalaman untuk menghadapinya tetapi, pekerja sosial itu mestilah terima klien tersebut dengan hati terbuka dan serta menghadapinya dengan penuh profesional agar kes-kes dapat di selesaikan tanpa sebarang kerumitan.
Dalam konteks satu Malaysia, tidak kiralah klien tersebut Melayu, Cina, India, Bidayuh atau mana-mana kaum yang terdapat di dunia ini,kita sebagai pekerja sosial terima mereka dan bantu mereka sama seperti membantu klien yang sebangsa dengan kita. Etika seperti profesional dan kerahsiaan juga mesti kita terap kan dengan sesiapapun terutama klien yang datang untuk mendapatkan bantuan atau ilmu-ilmu serta pertolongan secara fizikal mahupun bukan bentuk fizikal.
Sebagi contoh situasi yang kita dapat lihat negara yang berkebajikan akan memastikan organisasi yang mentadbir kampung benar-benar dipegang oleh mereka yang berwibawa sehingga boleh mengenal pasti keperluan ahli-ahlinya seterusnya merancang pembangunan di peringkat mikro yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di peringkat akar-umbi. Organisasi yang berwibawa ini akan mengemukakan cadangan-cadangan kepada pemerintah berkaitan pembangunan yang diperlukan di kampung masing-masing.Oleh itu, saya memberi saranan supaya pekerja sosial ini di ketengahkan profesionnya agar dapat membantu mana-mana rakyat yang memerlukan bantuan.
Jika kebajikan rakyat tidak dijaga sepenuhnya, Kerajaan sememangnya tidak mahu kepimpinan di peringkat komuniti terkecil ini berwibawa sehingga boleh membawa kampungnya berdiri sendiri. Sebaliknya kepimpinan yang dilantik adalah mereka yang akan menjadikan komuniti ini selama-lamanya mengharap kan pemerintah sehingga akhirnya mereka tiada pilihan lain melainkan terus mengekalkan Pemerintah tersebut. Seterusnya pembangunan yang di laksanakan adalah atas kehendak pemerintah bukannya secara timbal balik yang datang daripada kehendak rakyat teramai. Dalam Negara Kebajikan pembangunan adalah oleh rakyat untuk rakyat dan kepada rakyat.
2009/08/09
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan