2009/08/07

[FEM 4341] Kerja Sosial Dengan Individu Dan Kumpulan



Maksud kefungsian sosial

Kefungsian sosial merupakan satu aspek yang penting yang perlu dimainkan dalam setiap kehidupan.tanpa kefungsian sosial kehidupan seharian manusia akan mengalami episod atau kejadian yang tidak di ingini seperti huru-hara mungkin akan berlaku dan mungkin juga akan berlaku bencana dalam kehidupan seseorang itu kelak.Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosiallisasi itu sendiri akan memberi kesan atau impak kepada persekitarannya.komponen-komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian sosial tersebut sama ada berstatus sosial,kelompok sosial atau intitusi sosial. Kefungsial sosial juga dilihat dalam sudut yang pelbagai ,lazimnya seseorang individu itu memainkan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa.
Selain itu,antara fungsi lain pekerja sosial ialah bertindak sebagai penyokong atau membantu memberikan sokongan terhadap usaha-usaha yang telah di laksanakan bagi mengubah hidup mereka ke arah kehidupan yang yang lebih baikndan sempurna. Di dalam praktis kerja sosial, terdapat beberapa matlamat atau fungsi kerja sosial yang mempunyai perkaitan yang rapat dengan pekerja sosial itu sendiri. Salah satunya ialah meningkat kan kefungsian sosial sama ada individu, keluarga, kumpulan mahupun komuniti. Dalam konteks ini, pekerja sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam meningkat kan kapasiti individu untuk bertindak balas dengan persekitarannya dengan lebih berkesan dan memberi impak yang positif kepada klien yang mendapatkan khidmat pekerja sosial.Disamping itu, pekerja sosial memainkan peranan untuk meningkat kan kemampuan individu dalam menyelesaikan masalah serta memilih jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Pekerja sosial juga membantu seseorang individu untuk berperanan secara efektif dengan persekitarannya dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut tanpa sebarang kerumitan yang boleh menjejaskan kehidupan atau tugas klien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan