2009/09/03

[FEM 3342 ] Kebajikan Sosial Dalam Kerja Sosial

Cabaran Kebajikan Sosial Hari Ini Dan Dimasa Akan Datang.

Kita sedia maklum dunia sekarang dilengkapi dengan pelbagai kemajuan dari segi teknologi,pendidikan ,kesihatan dan bermacam-macam lagi.Tidak kurangnya dengan Negara kita Malaysia yang banyak berlakunya perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan dan badan-badan berwajib untuk kesejahteraan rakyat.Oleh demikian dalam konteks ini kita membincang kan cabaran kebajikan sosial pada hari ini kan di masa akan datang yang akan diterajui oleh pekerja sosial pada hari ini dan di masa akan datang.

Sebagai contoh kita lihat kebajikan yang disalurkan untuk golongan warga tua.
kebajikan sosial golongan warga tua dapat dibela sekali gus mengurang kan beban kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah perbelajaan khususnya penjagaan kesihatan.Trend pertambahan bilangan warga tua di seluruh dunia bermula pada abad ke-19 di negara-negara maju, kini ia mula menular di kalangan negara-negara membangun. Perkembangan ini telah mula mengubah struktur masyarakat di banyak Negara termasuk Malaysia.

Bagai manapun keadaan ini dapat ditangani oleh negara maju tetapi kerajaan negara membangun harus mula mengambil langkah untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang lebih besar.Titik tolak kesedaran perancangan tindakan terhadap penuaan semakin bertambah dengan pelan pembinaan masyarakat di semua peringkat umur. Pelan-pelan ini memberi fokus kepada tiga perkara iaitu: orang tua dan pembangunan, kesihatan berkekalan dan kesejahteraan di usia tua, dan memastikan kebolehdapatan dan persekitaran yang membantu.

Perkembangan penuaan memberi kesan kepada semua peringkat umur dalam masyarakat. Pertambahan bilangan orang tua adalah terhasil daripada penurunan kadar kelahiran di mana bilangan orang tua melebihi golongan muda. Penyusutan bilangan orang muda dan warga tua dikaitkan dengan tiga aspek utama iaitu ekonomi, sosial dan politik.


Dalam ekonomi, penuaan memberi impak kepada pembangunan ekonomi, simpanan, pelaburan, ke penggunaan, pasaran buruh, persaraan, cukai dan pewarisan harta.Dalam sosial, penuaan mempengaruhi komposisi keluarga, susun atur kehidupan, permintaan terhadap perumahan, migrasi, epidemiologi dan perkhidmatan kesihatan.Manakala dalam politik, penuaan menguncup kan pemilih dan mengubah trend perwakilan dalam pilihan raya.

Membuat pengubahsuaian kepada caruman KWSP bagi memberi kemudahan kepada pencarum dalam tempoh 20 tahun yang akan datang adalah tindakan proaktif. Negara-negara di mana rakyatnya yang tua semakin bertambah sentiasa membuat perubahan bagi memudahkan kehidupan mereka. Malaysia juga akan turut mengalami keadaan yang sama suatu hari nanti kerana di seluruh dunia, pertambahan golongan tua adalah 2.6 peratus setahun.


Mengambil kira umur persaraan yang masih berada pada umur 56 tahun, Malaysia belum mengikut jejak langkah Thailand dan negara lain yang menambah umur persaraan kepada 60 tahun kerana beranggapan masih ramai golongan muda untuk menampung simpanan warga tua di samping memikirkan beban kewangan jika umur persaraan ini dilanjutkan.


Selaian itu,perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring dengan pembesaran skala globalisasi. Istilah ini juga dikaitkan dengan transformasi yang hebat di dalam masyarakat ketika abad ke-19 iaitu Revolusi Industri yang mengambil tempat di Eropah. Perkembangan sistem kapitalis selepas itu semakin merebak setelah proses penjajahan mengambil tempat.


Globalisasi bukannya sesuatu yang abstrak dan berada dalam proses yang terpencil. Skala, kelajuan dan kekuatan jaringan globalisasi ini memberi kesan segera kepada setiap perubahan. Memandang kan ia adalah fenomena yang pelbagai, fikiran setiap pembuat keputusan tidak boleh diketepikan daripada perubahan global. Hari ini, realiti globalisasi diketahui secara meluas oleh pemikir dan aktivis sosial di seluruh dunia. Globalisasi berada di mana-mana dan perubahan dinamik ini berlaku di peringkat tempatan dan antara bangsa.

Sebahagian daripada ciri-ciri jelas globalisasi ialah masyarakat di seluruh dunia dapat berhubung antara satu sama lain tanpa melihat sesama sendiri melalui jaringan komputer. Keadaan ini menyebabkan institusi sosial menghadapi masalah untuk meningkat kan interaksi. Perkembangan seperti ini adalah impak daripada teknologi baru yang dianggap sebagai enjin baru pembangunan. Era globalisasi ini turut digelar sebagai era informasi, masyarakat berjaringan dan informasi kapitalis.

Ciri lain ialah pengeluaran produk industri diedarkan ke seluruh dunia melalui kerjasama antarabangsa. Peningkatan aktiviti ekonomi seperti ini tidak lagi mengambil kira citarasa masyarakat tempatan tetapi mengutamakan standard antara bangsa yang lebih tinggi. Dalam usaha mengekalkan persaingan antarabangsa, para pelabur ini meletakkan keutamaan kepada pengurangan kos pengeluaran, bertindak balas terhadap keperluan pasaran dan memastikan inovasi melalui pembangunan sains dan teknologi.

Proses perubahan yang kompleks ini turut memberi kesan ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang bertanggung jawab terhadap para penyokong mereka bagi mengawal politik, ekonomi dan pembangunan sosial dalam masyarakat. Syarikat korporat antara bangsa bebas memilih untuk membina kilang pengeluaran baru di negara-negara yang memberi pasaran buruh yang murah. Mereka mempunyai keputusan penuh sama ada hendak melabur ataupun tidak di mana-mana negara di dunia. Keputusan politik dan ekonomi adalah di antara pertimbangan yang diambil kira kerana negara-negara di dunia ketika ini lebih cenderung mengadakan blok pakatan sesama sendiri seperti Amerika, Eropah atau Asia. Negara yang berada di luar lingkungan tiga blok ini (seperti Afrika) menghadapi risiko dipinggirkan daripada pembangunan dunia. Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa globalisasi dan regionalisasi adalah dua proses yang saling melengkapi. Kerajaan juga menghadapi kekangan daripada kesan perubahan politik antara bangsa dan pembentukan kesatuan negara-negara yang dilihat semakin berkuasa dan berpengaruh. Pada masa yang sama terdapat perkembangan pergerakan sosial yang semakin besar di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa yang menentang kesan-kesan negatif globalisasi dan gerakan seperti ini sangat mempengaruhi agenda global dunia masa kini.

Perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat global memberi kesan mendalam terhadap keadaan sosial dan budaya. Memandang kan komunikasi merentas sempadan dan semakin meningkat dengan perkembangan media, migrasi dan budaya, pertukaran intelektual dan budaya, lebih ramai terdedah kepada idea-idea baru, nilai, norma, bahasa dan agama. Situasi ini menjadikan kefahaman terhadap perbezaan budaya dapat meningkatkan toleransi dan harmoni di kalangan masyarakat dunia. Bagaimana pun, perubahan yang dihasilkan oleh globalisasi memberi ancaman ke atas kewujudan budaya sedia ada yang dimanifestasikan dengan munculnya perselisihan antara kaum, fundamentalis agama, diskriminasi, tekanan, pilih kasih dan prejudis.


Dimensi lain ialah terbentuknya budaya baru di kalangan pengguna. Pengaruh Barat sangat jelas di dalam kehidupan seharian masyarakat yang mesra Barat khususnya pakaian dan makanan. Jenama antara bangsa bukan sekadar memberi kepuasan malah membawa sekali imej dan nilai Barat yang dianggap lebih baik, berkualiti dan berstatus tinggi.

Ketika globalisasi dibincang kan dengan hebat bersama dengan perkembangan ekonomi, politik dan budaya, makna globalisasi bagi perkembangan sosial dan implikasinya ke atas sosial masyarakat tidak dapat difahami sepenuhnya khususnya kebajikan sosial dan buruh. Kepentingan hubungan kemanusiaan, jaringan kerjasama sosial, kepercayaan dan rasa kekitaan yang menjadi sebahagian daripada lambang masyarakat semakin tergugat. Kebajikan sosial yang melibatkan sokongan sistem sokongan sosial dan emosi serta jaringan kerjasama dalam komuniti seperti pelindungan untuk kanak-kanak dan warga tua, pesakit dan orang kurang upaya. Penyertaan wanita ke dalam sektor industri turut meningkat selepas Perang Dunia Kedua memberi kesan ke atas struktur ekonomi dan keluarga.

Perubahan-perubahan ini memberi cabaran besar ke atas pembuat polisi negara. Cabaran seterusnya ialah menggalak kan kesaksamaan gender dan pembahagian beban dan kos bagi menguruskan sokongan sosial dan kebajikan sosial dalam masyarakat. Teknologi komunikasi mempunyai potensi untuk menguatkan jaringan sosial masyarakat melalui perhubungan sesama manusia dari seluruh dunia dan meningkat kan sistem penyampaian sosial masyarakat. Walau bagai manapun saintis sosial berhujah bahawa disebabkan pasaran perdagangan dan hubungan sesama manusia lebih bersifat peribadi dan jauh, kebanyakan orang tidak lagi mempunyai ikatan yang kukuh dengan masyarakat tempatan.

Oleh yang demikian, khidmat masyarakat dan kesukarelaan mencuba untuk mencari kaedah baru bagi mempromosi kebajikan sosial di semua peringkat. Khidmat masyarakat semakin bertambah penting dan disifatkan sebagai institusi sosial yang signifikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan